- Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran berkenaan.
- Memahami dan mematuhi pekeliling-pekeliling dan arahan-arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai iaitu dari segi pengetahuan , pencapaian akademik dan kemahiran yang harus dicapai di akhir tiap penggal bagi tiap tingkatan.
- Mempunyai sebuah rekod mengajar yang dikemaskini dan menghantarnya kepada Pengetua untuk ditandatangani pada masa yang ditetapkan iaitu setiap minggu.
- Menyediakan rancangan pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh setahun/ sepenggal/ seminggu/harian dan melaksanakan pengajaran mengikut rancangan pelajaran yang ditetapkan.
- Menyedia dan membeir latihan yang cukup, memeriksa buku latihan pelajar dan memulangkan semula secepat mungkin. Menyerahkan buku latihan pelajar kepada Pengetua/ PKP/ PKHEM/ PKKO/ Guru-guru Kanan untuk disemak pada masa yang dikehendaki.
- Membina soalan ujian atau peperiksaan berdasarkan JSU.
- Menjalankan ujian bulanan dan penilaian kepada pelajar dari semasa ke semasa. Merekod soalan-soalan ujian dan penilaian serta markah ujian tersebut ke dalam buku rekod mengajar.
- Mengesan kelemahan pelajar dan mengadakan aktiviti pemulihan.
- Menjadi ahli dalam panitia mata pelajaran, menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan keputusan mesyuarat panitia.
- Memastikan buku-buku panduan yang digunakan adalah diluluskan oleh Kementerian Pendidikan, Jabatab Pendidikan/ PPD.
Wednesday, 25 December 2013
Senarai Tugas Guru Mata Pelajaran:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment